<< Home

Saturday, June 7, 2008

Rasional dan implikasi kerajaan menaikkan harga minyak


Assalamualaikum,

Saya telah mentelaah dokumen-dokumen berikut untuk mencari sebab kenapa kerajaan menaikKan harga minyak:-

a) http://www.Bloomberg.com/energy/
b) http://www.wikipedia.com
c) OPEC Monthly Oil Market Report - May 2008 dan
d) OPEC Annual Statistical Bulletin 2006

Kedua-dua OPEC report boleh di download di http://www.opec.org/library/

Menurut laporan OPEC Annual Statistical Bulletin 2006, Malaysia pada tahun 2006 (muka surat 61, dan 88) telah;

Mengeluarkan minyak sebanyak ; 702,900 barrel per day
Eksport minyak ke luar ; 390,700 barrel per day
JADI, BALANCE UTK DOMESTIK ; 312,200 barrel per day

Menurut OPEC Monthly Oil Market Report - May 2008 muka surat 31, negara Asia akan menambahkan pengeluaran minyaknya untuk memenuhi permintaan dunia, dengan diterajui oleh Malaysia, India dan Vietnam. Jadi kenapa pengeluaran kita bertambah tetapi harga minyak kita ditindik kepada pasaran dunia??

Jawapannya kerana:-

a) Kerajaan menambahkan ekspot minyak kita ke luar dengan MENGURANGKAN BALANCE UTK KEGUNAAN DOMESTIK bagi mengambil advantage terhadap kenaikan harga minyak pasaran dunia (menurut Bloomberg harag minyak dunia sekarang is at USD126 - USD128 per barrel).

Memandangkan minyak kita adalah "sweet crude oil" (menurut wikipedia bermaksud minyak yang mengandungi kandungan sulfur kurang dari 0.5%), maka minyak kita adalah "in high demand, particularly in the United States and China" dan sudah semestinya berharga lebih tinggi dari crude oil yang bernilai USD126 - USD128 per barrel spt yang dinyatakan tadi.

b) Dengan pengurangan kuota minyak kita untuk penggunaan domestik, maka kerajaan terpaksa mengimport minyak dari luar. SEBAB ITULAH MINYAK KITA MENGIKUT HARGA PASARAN DITOLAK SUBSIDI 30 SEN.

Implkasi tindakan kerajaan BN ini ialah:-

a) Harga minyak yang kita isi setiap hari dalam tangki kereta kita dikawal oleh pasaran dunia iaitu US dan OPEC, bukan lagi oleh kerajaan. It will be uncertain days from now on for us. Kalau minyak naik sampai USD150 per barrel apa akan jadi pada kita? Oleh itu apa gunanya lagi kerajaan kalau tak menjaga kebajikan rakyat?

b) Rakyat tidak lagi menikmati secara terus hasil negara.

c) Hasil negara kita dikawal secara langsung oleh Kerajaan dengan PENGAWALAN PENGAGIHAN KEUTUNGAN penjualan minyak tersebut. Oleh itu negeri yang "terpilih" sahaja atau "pihak-pihak tertentu" sahaja yang akan mendapat pembangunan hasil keuntungan penjualan minyak tersebut sedangkan kita rakyat Malaysia sepatutnya sama-sama menikmati harta negara kita.

Astaghfirullah... hancurlah negara macam ni...

Aku tuntut hak aku kat akhirat esok. Hidup tak menongkat langit!

(email kiriman noviza 6/6/2008)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home