LELAKI DAN WANITA
Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarkanya menjadi tenaga.
Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit perempuan yang lebih halus.Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
Demikian juga daripada segi psikologi. Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.
Apabila mengamati sesuatu benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita pula menggunakan pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara yang lebih besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.
Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, sura-surat penting dan kad kredit bank.
Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek,ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami,gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon dan macam-macam lagi.
Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana... ..
Wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis. (hee hee)
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairanlah apabila suami isteri melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.
Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut.
Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci
kereta, masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.
Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli-belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain di pegang,di perhati dan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak perlu mengambil masa yang lama.
Contoh-contoh tersebut menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus maeuk kereta. Tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai-bagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang-menyayangi.
(email dari noviza 15/9/2007)

1 Comments:
Best Ways to Get From MGM National Harbor Casino - DrmCD
MGM National 광주 출장안마 Harbor Resort 삼척 출장마사지 welcomes you 충청남도 출장안마 to the most exciting 군포 출장마사지 vacation vacation in Washington, 경기도 출장안마 D.C. with a top-notch casino and exciting
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home