Earn $6,000 per day

email pilihan

<< Home

Friday, April 11, 2008

Cerita sebenar di sebalik projek ternakan babi!

Oleh Iza (forwarded by Vee on 110408)

TERKEJUT betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan Exco PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan.

PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas "kuda kayu" ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan. Macam mana mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya.

Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia.

Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana beberapa pimipim menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka.

Perlu diingat bahawa negara kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama, dan ada di kalangan rakyat yang makan daging babi. Justeru itu binatang ini perlu dipelihara bagi mendapatkan dagingnya.

Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri.

Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas.

Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air.

Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini.

Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.

Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?

Mungkin RTM tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah melepaskan geram pada Pakatan Rakyat. Cerita benar atau palsu bukan ukuran penting bagi mereka.

Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk?

lawak lawak ringan

(email lawak kiriman cidot pada 080408)

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?Suami : Kenapa?Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan ciumisterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntumbunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasadikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira danterus datang kepadanya.Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?Mamak : Saya bini juga surat India mari.Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak.New baby!Ayo....saya manyak suka ati la. Saya belanja awak free minum jugak!Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.Ali : ???????????? ?
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebijikek sempena hari jadi isterinya."Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya sigadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu."Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas,kemudiansambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah,"kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yangditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untukdipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dantetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketikamembaca tulisan yang tertera di kek itu: "SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUADI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
---------------------------------------------------------------------------------------------

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwindengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan temansepermainannya sejak kecil lagi.Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa sajakecuali Robert.Suzy : Tapi mengapa?Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye!Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula ibunya.Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengansesiapa yang kamu suka termasuk Robert.Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan takboleh kahwin.Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukananaknya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepasang Suami isteri baru melangsungkan perkahwinan. Si Suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas untuk dirinya sahaja. Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan terus sahaja bersetuju. Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3 biji bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00. Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan. Setelah dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya. Dia menjelaskan, "setiap kali abang buat curang di luar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci". Si isteri berfikir, "30 tahun kahwin baru ada 3 biji bola?.. Hmm taklah jahat sangat". Habis tu apa kena mengena dengan duit RM 2000.00 tu? "Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual!".
-------------------------------------------------------------------------------

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara telah membawa pulang Burung Kakak Tua sebagai kenangan. Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?" Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri sambil memainkan jarinya... secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula... Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?" Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!" Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah. .. Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"
----------------------------------------------------------------------------------

CERITA EMPAT Suatu hari Pak Pandir ingin memulakan satu perniagaan namun masih kekurangan modal. Oleh itu Pak Pandir berhasrat utk membuat pinjaman di sebuah badan pinjaman yg di taja oleh kerajaan pada masa itu. Berangkat laa Pak Pandir bersama Mak Andir ke tempat tersebut. Setibanya nya di sana Pak Pandir bertemu seorang pegawai di sana. Setelah mengisi borang dan di temuduga berkata laa pegawai tersebut.. Pegawai : Setelah diteliti permohonan pakcik akan diluluskan secepat mungkin. Jadi pihak kami akan memberi pakcik pinjaman sebanyak RM20,000.00 tanpa faedah. Namun dengan muka yg bengis Pak Pandir bingkas bangun utk beredar. Terkejut laa pegawai tersebut lalu bertanya. Pegawai : Kenapa pakcik? Ada yg tak kena ke ? Pak Pandir pun berpaling dan ngan nada yg tinggi berkata. Pak Pandir : Nak buat ape aku buat pinjaman kalau tak ada "PAEDAH".. Buang masa aku je laaa.... Pak Pandir pun beredar meninggalkan pegawai tersebut terpinga pinga.
-------------------------------------------------------------------------------------

Ada Empat Orang Tengah Tunggu Lif. Sorang Tu Doktor, Sorang Lagi Tu Engineer, Yang Ketiga Tu Peguam Dan Yang Last Sekali Tok Imam.Tengah- Tengah Boring Dok Tunggu Lif Tuh, Datang Le Sorang Awek Cun Yang Teramat-Amatlah Seksi. Bila Lif Sampai Semua Orang Pun Naik Le. Dalam Masa Lif Tu Nak Naik Ke Atas, Tiba-Tiba Elektrik Terputus. Lif Tu Pun Berhentilah Dengan Tiba-Tiba Dalam Keadaan Gelap Gelita. Dalam Black Out Tu, Mulalah Ada Salah Sorang Dari Melaun Tu Gatal Pulak Nak Buat Kurang Ajar Dengan Pompuan Seksi Tu. Puas Dia Dok Meraba Pompuan Tu Dalam Gelap! Tiba-Tiba, Elektrik Dah Okay Balik. Pompuan Tu Pun Tengok Kat Si Engineer, Lepas Tu Kat Si Doktor, Ketiga Kat Si Peguam. Last Sekali Kat Tok Imam. Dengan Geramnya Minah Tu Bagi Si Tok Imam Satu Penampar Jepun Yang Teramatlah Kuat."Heiii, Tua-Tua Bangka Pun Ada Hati Nak Meraba Lagi Tu !!!"Jerit Si Pompuan Seksi Sambil Menunjuk Bijik Penumbuknya Kat Muka Tok Iimam Tu.. Soalan : Ngapa Pompuan Tu Sure Gila Tok Imam Tu Yang Buat Dajal? Kerana………. Tok Imam Tu Sorang Je Laki!!